Powered by Blogger.

Monday, 25 February 2013

Takut kepada Allah


Bagi mereka yang sedang menuju Allah,kadang-kadang mereka melalui pengalaman yang mngubah kehidupan sehari-hari kerana konsentrasinya mengingat Allah.Begitulah yang berlaku kepada sahabat nabi,Umar al-Khatab.beliau sering tersenyum sendiri dan kemudian menangis tersedu-sedu kerana kerana mengingat pengalamannya sebelum memeluk islam.Bagaimana Umar tidak tersenyum apabila beliau teringat beliau pernah membuat berhala daripada tepung.Selepas beliau menyembah berhala itu,tepungnya diambil bagi membuat roti lalu dimakan.Umar juga berasa sedih dan kesal apabila mengingat die pernah menyembelih bayi-bayi perempuan dan menanam mereka,.

Islam menganjurkan umatnya menyesali dosa-dosa yang lalu kerana hal itu menunjukkan taubat yang benar.Itulah sebabnya Nabi Muhammad mengatakan,orang yang menangis kerana takut kepada Allah,tidak masuk neraka sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.

Ibnu Qudamah al-Maqdisy dalam bukunya 132 Kisah Taubat (2003),menjelaskan manusia perlu menyegerakan bertaubat kerana khuatire meniggal dunia sebelum sempat bertaubat.selain itu,manusia perlu menyesali segala penyimpangan dan keingkaran yang die lakukan .Seterusnya ,manusia mesti bersungguh-sungguh memperbaiki perilakunya.Ibnu Qudamah al Maqdisy juga menjelaskan tentang tiga syarat bertaubat iaitu menyesali apa yang dilakukan pada masa lampau,menjauhkan diri dari perbuatan dosa dan kemudian berazam tidak lagi mengulanginya.

ketiga-tiga perkara itu mestilah terhimpun sewaktu seseorang sedang bertaubat.Pada saat itulah,manusia kembali kepada kedudukan awalnya seperti kedudukan pertama Allah menciptakan manusia iaitu sebagai makhluk yang beribadah kepadanya.Itulah hakikat taubat.....

No comments:

Post a Comment