Powered by Blogger.

Tuesday 26 February 2013

Maklumat yang bocor daripada iblis...

Dikisahkan pada suatu hari, Allah menyuruh iblis bejumpa Nabi Muhammad dan memintanya menjawab semua pertanyaan yang nabi pertanyakan kepadanya.Iblis pergi menemui nabi dengan menyerupai seorang tua yang baik lagi bersih sambil memegang tongkat.

Apabila Nabi Muhammad melihat seorang tua datang mendekatinya,beliau bertanya,
"siapakah kamu ini??"
Iblis menjawab"aku adalah iblis"
"Apa maksud kamu datang berjumpa dengan ku"
Iblis menjawab,"Allah menyuruhku datang kepadamu dan menjawab apa sahaja yang engkau pertanyakan."

Nabi terdiam sejenak dan bertanya."Hi iblis,berapa byakkah musuhmu daripada kalangan umatku?"
Iblis menjawab " 15 golongan"
 Nabi bertanya lagi,"siapakah mereka?
iblis memberikan jawapan berikut:
  1. Nabi Muhammad sendiri.
  2. Imam dan pemimpin yang adil.
  3. Orang kaya yang tawaduk.
  4. Pedagang yang jujur dan amanah.
  5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
  6. Orang mukmin yang memberi nasihat.
  7. Orang mukmin yang saling berkasih sayang.
  8. Orang yang cepat bertaubat.
  9. Orang yang menjauhkan dirinya dari segala perkara yang haram.
  10. Orang mukmin yang sentiasa berada dalam keadaan suci.
  11. Orang mukmin yang banyak bersedekah dan menderma.
  12. Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
  13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain.
  14. Orang yang menghafal alquran dan selalu membacanya 
  15. Orang yang bangun malam dan mendirikan solat sedangkan orang lain tidur  

Kemudian Nabi bartanya lagi"berapa banyakkah temanmu dari umatku dan siapakah mereka?"
Jawab iblis "ada 10 golongan"

  1. Hakim yang tidak adil.
  2. Orang kaya yang sombong.
  3. Pedagang yang khianat.
  4. Peminum arak.
  5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
  6. Pemilik harta riba.
  7. Pemakan harta anak yatim.
  8. Orang yang sering meninggalkan solat.
  9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat.
  10. Orang yang selalu berangan-angan. 
Iblis menjelaskan,"mereka itu adalah sahabat-sahabatku yang setia,".Musuh iblis iaitu 15 golongan diatas adalah calon penghuni syurga sementara 10 golongan temannya pula adalah calon penghuni neraka..
 
Demikian dialog antara iblis dan Nabi Muhammad.Daripada itu,jelas kepada kita siapa yang musuh dan siapa pula yang menjadi sahabatnya.orang-orang yang beriman pasti musuh iblis,seperti nabi yang menjadi musuh utamanya.
Nabi mengingatkan kita,salah satu tabiat iblis adalah gopoh,"tergopoh-gopoh adalah pembawa syaitan kecuali dalam 5 perkara iaitu mengahwinkan anak perempuan yang sudah waktunya,melunasi hutang pada waktu yang dijanjikan,menguburkan jenazah,menghormati tetamu dan bertaubat".
Dengan itu,elakkan diri kita daripada bersikap gopoh...
wallahualam....           
                    

No comments:

Post a Comment